Hakikat bertudung..sekalipun yang bertudung, masih tidak mengerti..:(
Message:
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas- desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa- rupanya adik mengambil serius kata- kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakana ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman- teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar- debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini… Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di
situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Nisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah SWT .
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Assalamualaikum..setinggi kesyukuran kehadrat ilahi masih diberi ruang dan peluang,nikmat islam dan nikmat kesihatan untuk terus menjadi seorang hamba yang bersyukur..alhamdulillah..
Entah kenapa raser bercampur gaur..entahlah apakah yang akan terjadi..semoga mendapat ketenangan dari-Mu..diri ini lemah,..banyak dosa ini semoga terampun..kisah silam,sekarang,banyak yang lalai..tertipu dengan kenikmatan yang sementara...saat kematian semakin dekat..semoga diri ini sempat bertaubat pada-Mu..terfikir..merenung diri..entahlah...sekali terfikir mengingatkan diri yang sentiasa alpa..semoga iman yang sedikit dengan amalan yang tidak seberapa ini diterima-Mu..perjalanan yang tidak panjang tetapi penuh dengan tipudaya takut menghadapi dugaan ini,dengan kekuatan yang tidak seberapa..kuatkan lah diri ini..selamatkan dari segala pancaroba dunia..Ya ALLAH...
Ya Allah..hati ini tersentuh bila mendengar lagu yang cukup penuh memberi kesan,lirik yang penuh dengan makna..teraser banyaknya dosa ini pada-Mu yang Allah..kematian...semua akan kembali kepada-Nya tetapi bersediakah ?..semoga kita semua sentiasa beringat..malaikat yang mengambil nyawa sentiasa memerhatikan ..pabila sampai masanya tercabutlah roh dari jasad..menghadap Tuhan yang maha besar..
Amalan apakah yang akan ku bawa menemui-Mu ya ALLAH...entah banyak sangat dosa yang ku lakukan,yang tidak sengaja mahupun yang sengaja..semoga dosaku ini dapat keampunan dari-Mu...maaf semua andai yang mengenali ada salah dan silap..kesilapan sesama manusia semoga dapat kemaafan dari semua..semoga diri ini dapat keredhaan dari-Mu..Ya ALLAH..amin.
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku, Melengkapi Sebuah Kembara, Singgah Di Rahim Bonda, Sebelum Menjejak Ke Dunia, Menanti Di Barzakh, Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, Diperhitung Amalan, Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah, Semerah Mawar Dan Jugak Rindu, 7 Langkah Pun Baru Berlalu, Susai Talkin Penanda Syahdu, Tenang Dan Damai Di Pusaraku, Nisan Batu Menjadi Tugu, Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2 Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli, Kembalilah Kedalam Diri, Sendirian Sendiri, Sendiri Bertemankan Sepi, Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, Terbujur Dan Kaku, Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, Tiada Siapa Yang Terkecuali, Lemah Jemari Nafas Terhenti, Tidak Tergambar Sakitnya Mati, Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang, Menantikan Malaikat Datang, Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, Selama Ini Diceritakan x2 Kini Aku Merasakan x2 Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Syukur kehadrat ilahi kita masih diberi ruang kelapangan untuk terus istiqamah atas jln kebenaran..alhamdullillah..
Melentur buluh biar dari rebungnya.,teringat akan peribahasa yg cukup mndalam dalam diri kita,itulah generasi anak2 yg akan mencorakkan masa depan negara dan generasi islam khasnya untuk mngembangkan syiar islam..diharap tuan-tuan dan puan-puan hulurkan sedikit sumbangan yg termampu..sesungguhnya infak dan sedekah jariah adalah harta dan amalan yg pahalanya akan berterusan sampi bile2..ingatlah janji ALLAH jika kita bersyukur dengan nikmatNya,ALLAH akan tambah nikmatNya kepada kita..rebutlah..smga kita smua mndapat rahmat dan keberkatan dari ilahi...insyaALLAH
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman itu akan diri mereka dan harta-benda mereka dengan bayaran syorga kepada mereka."
(At-Taubah, ayat 111)
"Dua malaikat turun setiap hari dari langit. Satu dari mereka berdo'a : Ya Allah, kembangkanlah harta orang-orang yang suka menghulurkan derma. Dan satu yang lain pula berdo'a : Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut)."
(Al-Hadis)
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Terengganu membuka ruang sumbangan jariyah /zakat pendidikan/infaq kepada seluruh orang islam kepada bantuan pendidikan pra' sekolah
Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik anda semua untuk memberikan sumbangan jariyah /zakat pendidikan/infaq bagi membantu penerusan pendidikan peringkat asas.
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Terengganu sentiasa mengalu-alukan sumbangan derma dalam apa jua bentuk bagi menyokong dan membantu kami meneruskan program-program peningkatan pembelajaran terutama kebajikan guru dan tenaga kerja yang memperolehi pendapatan bulanan bawah paras RM100.00 sebulan. Kepada yang berminat untuk menghulurkan derma, anda boleh memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun Pasti Negeri
Nama Akaun : Tabung Kebajikan Pasti Negeri Terengganu
Segala puji bagi yang maha pencipta serta selawat keatas junjungan besar kita nabi muhammad saw..semoga kita semua dirahmati oleh ALLAH swt.
Pilihanraya....mesti ingat tentang hari mengundikan..tetapi apakah kewajipan dan hukum mengundi?..timbul persoalan kan,yang menyedihkan ader golongan yang pernah berbahas dengan saya mengatakan bahawa mengundi itu tidak boleh kerana kongsep menyerupai kongsep judi,diri yang kurang ini berpidato semampu yg boleh..hujahnyer sorang menang dan sorang kalah..betulkah??..betapa cetek pemikiran rakyat malaysia sekarangkan..org yg berilmu yg berkata begitu,golongn ahli masjid,knpa perkara ini terjadi??..itulah dasar kerajaan skrg golongan cerdik pandai,budak2 U pun dah ditanam pemikiran meraka supaya tidak terlibat ngn pilihanraya,di sekat untuk berpolitik,walhal mrk sudah pun blh mengundi,umur dah melebihi 21thn sepatutnya tiada asalan pihak kerajaan untuk mnyekat kuasa student untuk berpolitik,nk suruh ank bangsa kita bodoh tidak peduli akn pemerintahan,tntg politik dan lalai terhadap hiburan semata2,itulah remaja kita skrg hancur,rosak akhlah leka dgn hiburan yg melalaikan..rosak pelajar2 melayu..nauzubillah..Apelah nasib bangsa kita if cam nie,golongn2 ini penting kerana mrk bakal jadi pemerintah negara kelak..tapi..oh bangsa ku..dasar kerajaan bahlol..opss maaf terkasar..bagi mengupas tntng isu ini saya sertakan beberapa point,hujah knpe kita perlu mengundi..
Tajuk : Hukum Mengundi Mengikut Hukum Syara'
Oleh : Tuan Guru Hj Harun Taib
Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :
“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.
Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.
Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:
“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.
Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?
Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:
Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:
Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).
Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.
Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.
Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.
Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.
Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.
Antara maksud lafaz baiah itu ialah:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.
Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta'ala, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)
Firman Allah lagi, maksudnya:
“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)
Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)
Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.
Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.
Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.
Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.
Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.
Kesimpulan dan Penutup
Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”
Alhamdulillah kiter terus istiqamah dijln kebenaran..wlw susah wlw payah smge kiter trus berjuang sampi ke akhir hayat..amin
ISA tentu tidak asing lagi bagi kiter..satu akhtar hasutan dan undang2 yg diwujudkan pada zaman darurat,zaman komunis dahulu,,tetapi hairan bagaimana akta ini masih wujud wlw pun zaman tersebut sudah lama berlalu..dimana anak2 bangsa kiter sendiri yg ditahan,yg menyedihkan lagi org2 yg tidak bersalah,ditahan dihukum tanpa dibicarakan..bengong kan ditahan tanpa dibicara..dimanakah keadilan???
Bayangkan jika perkara ini terjadi pada diri kiter..abg kiter,keluarga kiter,mak ayah kiter..nauzubillah Dasar kerajaan memerintah,sebuah akta yg zalim..bagai manggantungkan pasalah tanpa dibicarakan,mmg zalim...tetapi akhta ini masih tidak dimansuhkan..
Terharu suatu ketika dahulu bila mendengar crita2 dari penjara,yg ditahan ISA,.bagaimana dtk seri anwar ibrahim pun ditempatkan disitu,anak tuan guru nik abdul aziz,ust badrul amin dan ramai lagi..yang ditahan,dizalimi,ditelanjangkan..nauzubillah zalim..mmg zalaim..smge perancang2,sme golongan yg zalim ini yg menganiaya insan2 yg tidak bersalah ini mndapat balasan yg sewajarnya dimahkamah ALLAH swt. di dunia biarlah mrk kagum dgn pangkat dan kuasa mrk tapi diakhirat kelak terimalah balasannya..
Masa,terlalu cepat berlalu,terlalu sibuk,urusan dan tugas dipikul sekarang bertambah2..sebenarnya entry yg lama belum post lagi.,nk buat rujuran sikit,saya postkan entry yg tidak seperti ini dahulu smge diri ini diberi kekuatan..amin
Kerja,cabaran yang ke2 yang mesti ditempuhi setelah alam kampus yang ditinggalkan..mmg mencabar terlalu banyak kekangan yang ada,takut juga diri ini dibelenggu oleh anasir2 luar,dengan dugaan yg penuh dengan kemanisan yang palsu diluar,sesungguhnya jalan tuk perjuangn penuh cabaran..tiket free tuk susah itu sudah pasti..tetapi nak tak nak jln yg susah inilah yg mesti ditempuhi,.if mengalah,berundur,diri sendiri yg rugi,nk buat kerja islam..bukan sme diberi oleh ALLAH tuk bergerak dalam perjuangan ini,jika ditinggalkan alangkah ruginyer.,jgnlah diri ini tergolong dalam golongn yg tercicir..
Cabaran2 selepas ini mesti lagi hebat,baru cabaran yg ke2 saya sudah merasainya,harap sabar dan terus istiqamah..
firman ALLAH,
"Tanganilah segala ujian dengan sabar dan sembahyang"
Ayat inilah yg sentiase menjadi kekuatan pada diri yang kerdil ini,semoga keyakinan pada ALLAH swt mengatasi segala yang lain..ingatlah.. janji ALLAH itu pasti,hari kiamat itu pasti,khabar syurga itu pasti,khabar neraka itu pasti,kemenangan islam itu pasti...
Smge cabaran seterusnya dapat diatasi dan tidak berundur dari perjuangan ini..Alhamdulillah diri ini masih lagi berada dlm perjungan menegakkan agama-Mu ya ALLAH..syukurlah..
Perubahan Alam yang kiter semua akan hadapi..Bersedialan termasuk diri ini :
1) Alam Kampus
2) Alam pekerjaan
3) Alam rumah tangga
4) Alam berkeluarga
Semega diri ini sentiasa teguh dalam perjuangan islam hingga akhir hayat..InsyaALLAH
Allahuakhbar..ALLAH yang maha besar.,tuhan sekalian alam,tiada yang maha agung dari kekuasaan-Nyer..Alahuakhbar!!!
Solat merupakan tiang agama,rukun islam yang ke2..seperti sedia maklum perkare yang pertama untuk mendirikan solat semestinyer mengangkat takbir..Allahuakhbar.,membesarkan ALLAh swt supaya mengakui tiada yang lain maha besar dan agong selain ALLAH swt.,Tetapi check lah solat kiter,selepas takbir,kemana fikiran kiter?? adakah kiter tidak sedar kiter sedang mengadap yang maha pencipta??menghambakan diri ini kepada-Nya..subhanallah diri ini pun tak termampu..
Allahuakhbar...marilah kiter samer2 check diri kiter tuk peringatan sendiri jugak...adakah kehidupan kiter sehari2 membesarkan ALLAH swt. terlalu angkuhkan kiter,pergantungan kiter sudah jauh lari daripada pergantungan ngan maha pencipta..lihatlah dunia sekarang,duit smata2.,ade yang berfikiran duit segalenger..tidak de duit mesti tidak dapat buat apa2 pun..buka jer mata terus berfikirkan nak cari duit,memang tak dapat dinafikan tiade duit tak blh beli apa2 pun tapi jgn lah sampi kiter bertuhankan duit plak..kemana pergantungan kiter pada ALLAH swt???
Adakah hidup untuk bertongkat langit?,. mencari duit smate2.,kerana duit sme hilang pertimbangan dan sunggup manggadaikan apa shaja sehingga tidak dapat membezakan yang mana yang hak dan yang batil..yang paling menyedihkan golongan2 alim,ustaz2, yang sanggup tukarkan agama dngan duit,sanggup berkata yang batil tuk kepentinan diri..tak takut ker dengan hukum ALLAH,bukan tak tahu tapi buat2 pekak kerana aper??kerana duit lah...ramai yang tersalah tafsir dengan hadis nabi :"beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seperti mahu hidup seribu tahan lagi"..diri ini bukan lah pandai tapi pe yang difahami maksud sebenar bukan lah rasulullah suruh kiter mengejar dunia dan berkerja seperti nak hidup lama.,tetapi sebaliknyer,ini menggambarkan kepada kiter bahawa hidup ini sementara,bekerjalah seolah2 mahu hidup seribu tahun lagi so tidak perlu kiter berhempas pulas untuk kehidupan didunia krn menggambarkan kehidupan dunia ini panjang dan tidak perlu tergesa2 untuk bekerja sebalikner beribadat lah seperti kamu akan mati esok hari,menanam benih2 supaya dapat kiter tuai diakhirat kelak..
Renung2kan lah diri kiter adakah kalimah Allahukhbar betul2 meresap kedalam jiwa kiter ataupun fullushuakhbar..skrg timbul persoalan kenapa ramai anak2 muda skrg yang menganggur dan budak2 universiti yang sanggup melakukun perbuatan yang tidak berakhlak.,jawapan senang sahaja renungkan pe niat kiter untuk masuk universiti??adakah ikhlas tuk mncari ilmu???ataupun untuk mnjamin dapat peluang pekerjaan yang baik??masuk universiti gerenti dapat kerja ker??tgk betapi lemah pergantungan kiter tidak ader pun istilah mengharap pertolongan dari ALLAH tetapi taraser diri terlebih pandai tidak sandarkan rezeki adalah daripada ALLAH swt...tidak hairanlah skrg jika ramai mahasiswa yg menganggur..niat pun dah salah..kmana letak nyer kalimah Allahuakhbar dalam jiwa kiter..samer2 renungkan diri termasuk diri ini..
maaf semua andai tersilap kata perbetulkan lah..wallahualam
Mesti pelik kan knpe salahkah manusia yang terlalu pandai??.., inilah realiti,biler pemirikan manusia yang terhad nak terjemahkan agama ikut pemikiran mereka yang terbatas.,biler dah terasr terlalu pandai ramai ulamak2 hadhari yang pening dan sajer buat2 pening nak jadikan hukum2 ALLAH ikut hawa nafsu sendiri..,
Sesungguhnyer ALLAH maha mengetahui sesuatu jgn ditanyer kenapa dan mengapa, tahap keupayaan kiter terbatas knpe dah taraser pandai nak menghalalkan pe yang diharamkan oleh ALLAH, saper kiter besar sgtkah sehingga nak lawan pencipta dan meraserkan hukum2 yang ALLAH bagi itu salah.
Realiti manusia hukum2 yang ikut kehendak nafsu di turuti tetapi yang bertentangan ngan nafsu mereka dilanggar.,nie lah kongsep seperti islam hadhari blh ambik separuh2.,nak ikut islam yang ikut telunjuk hawa nafsu dan yang berlawanan dilanggar.,nauzubillah teraser pandai sgtkan manusia,seperti nak mengajar tuhan pulak..
Adakah islam setakat solat dan puasa sahaja??? biler ditanyer bab2 politik pemerintahan masing2 mula nak tegakkan benang yang basah,tak nak ikut islam.,macam2 andaian diberi,raser diri dah pandai kan..Islam dah cukup lengkap,tetapi manusia yang meraser diri terlampau pandai masih nak tegakkan undang2 sendiri yang dan diberi macam2 nama.,seperti islam hadhari,konon2 nyer melaksanakan kongsep islam,knpe nak direka nama baru?? siap reka 10 prinsip dasyat kan,tapi adakah undang2 islam diletakkan ditempat paling atas??dimana kedudukan Al-quran dan sunnah?? jika tak ikut quran dan sunnah kompem sesat,.tak yah pening2 lagi..kenapa tak nak trima islam yg sebenarnyer,itulah biler dah traser diri terlebih pandai..siapa kiter nak melawan ALLAH swt??? nauzubillah kembalilah kepada islam yang sebenar,.pintu taubat sentiase terbuka kepada setiap hamba-Nya.,
Maaflah..andai teraser,tulisan aku mmg begini kasar,tetapi tak paham tak tahulah..tepuk dada tanyer iman..andai tersalah taip maaf,diri ini tidak pandai sgt bab2 komputer nih..hehe
salam maulidur rasul..smge kiter dapat menghayati sirah-sirah junjungan nabi besar kiter..
tak guna hanya berarak dipagi hari melaungkan selawat tapi petangnyer kembali menentang perjuangan islam..nauzubillah itulah realiti masyarakat kiter..islam cumer dianggap dari segi luaran..just ckup tuk hari2 yg tertentu,begitu cetak pemikiran masyarakat kiter dan tertawalah org2 kafir kerana telah berjaya menanam pemirikan sebegitu dalam jiwa org2 islam..